Saturday, 13 August 2011 |
0
comments
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Tarikh : 3/8/2011
Refleksi
Hari ini saya telah belajar banyak pengetahuan daripada Puan Zakiah yang tentang Microsoft Office Excel dan cara penggunaannya. Antarannya ialah membuat jadual, statistik, akaun, permainan dan sebagainya.
Hari ini, kita telah belajar tentang cara menghasilkan jadual tentang keputusan ujian peperiksaan pelajar. Kita dapat membuat jadual tersebut dengan jangka masa yang pendek sekiranya pandai menggunakannya.
Kita hanya perlu masukkan data-data seperti nama pelajar, markah bagi setiap mata pelajaran dalam “table”. Selepas itu, kita menggunakan “Autosum” dan “sum” untuk mengira jumlah markah bagi setiap pelajar. Markah purata dikira dengan "purata".
Untuk memasukkan gred serta prestasi pelajar, kita perlu menggunakan setting “lookup” dan set into jadual yang menunjukkan gred bagi markah-markah yang telah disediakan sebelum ini. Lepas itu, kita menggunakan “lookup” untuk menentukan gred-gred markah ujian pelajar. Selepas memasukkan gred bagi satu column, kita boleh click and drag untuk memasukkan gred bagi setiap pelajar.
Hari ini, saya telah lebih memahami tentang kegunanan Microsoft Office Excel. Sebelum ini, saya tidak pernah sentuh program ini yang amat berguna. Program ini dapat menjimatkan banyak masa untuk mendapatkan result pelajar. Walaupun kadang-kala saya tidak dapat ikut langkah-langkah, tetapi Puan Zakiah tetap menjelaskan kepada saya satu langkah demi satu langkah. Saya amat berterima kasih kepada puan Zakiah atas kesabaran dan kepimpinan beliau.